Di sinilah tempatnya.....Isi hatiku......luahan jiwaku....aduan perasaanku.....yang ku ingin kau tahu....

Saturday, November 13

Penyusuan selepas 2 tahun : Ini pendapat saya.....

Salam

Rakan2 SI telah memberikan link ini di blog kepunyaan salah seorang rakan MBFPC juga......tahniah Hana kerana berkongsi ilmu dengan yang lain...semoga anda diberkati atas usaha ini....

Pendapat saya??
Setiap orang berhak memberikan pendapat...dan harap orang lain dapat menghormatinya....mama juga sedang melatih diri untu mendengar dengan baik serta menghormati pendapat orang lain walaupun kadang kala pada dasarnya kita tidak bersetuju dengan pendapat tersebut....

So....pada pendapat saya menengenai tajuk di atas....hendak seribu daya...tak hendak, seribu dalih..alasan sentiasa ada selagi manusia wujud di muka bumi ini...semoga kita diberi hidayah oleh Allah untuk terus berjuang walau apapun terjadi bahawa susu ibu adalah yang terbaik...memberikan anak kita susu formula tidak menjadikan kita seorang ibu yang tidak bertanggungjawab tetapi berusaha untuk memberikan anak kita susu ibu sepenuhnya walau apapun halangan dan dugaan dari segi kemampuan, atitud anak ataupun kelemahan diri akan menjadikan kita sangat bertanggungjawab terhadap anak kita dunia dan akhirat...

Sebagai ibu,kita perlu menjadi peneroka...peneroka kepada pelbagai persoalan (contohnya kenapa susu kering, kenapa susu tiada,kenapa anak tidak menerima susu ibu lagi dan bagaimana untuk meneruskan penyusuan susu ibu serta apa yang dapat diberikan kepada anak yang jika dia menolak itu atau ini) dan kita juga peneroka dunia anak2 kita yang semakin banyak memberikan kita peluang untuk mengetahui pelbagai perkara baru kerana zaman telah terlalu banyak berubah (contohnya kemahuan dan kesukaan anak serta atitud anak terhadap kamahuan si ibu..) ..zaman kanak2 kita tak sama dengan zaman kanak2 anak kita sekarang.......

Allah juga telah memberikan kita terlalu banyak pilihan sehingga tak terpilih dek kita dalam usaha untuk memberi anak kita makan ....tidak pernah mama mengatakan minum susu itu salah...kebanyakkan tulisan yang berkaitan tajuk di atas selalu disalah ertikan.....cuma mengapa SUSU FORMULA??? .sekali lagi mama ulang ayat sebelum ini iaitu  "Allah juga telah memberikan kita terlalu banyak pilihan sehingga tak terpilih dek kita dalam usaha untuk memberi anak kita makan" .... Jika masih mahu susu menjadi  salah satu sajian untuk keluarga, sila baca apa alternatif yang anda ada iaitu SUSU SEGAR berbanding SUSU FORMULA :

- susu formula diproses dari cecair hingga menjadi tepung ..bayangkan proses ini pasti 
  membabitkan pelbagai bahan kimia serta pendedahan ketika sesi pembuatannya.....lagi sekali
  bayangkan dari cecair menjadi Tepung......

- tarikh luputnya pun lama bermakna kandungan pengawetnya adalah tinggi berbanding susu
  freshmilk yang juga melalui pelbagai proses tetapi pastinya tidak sebanyak susu formula serta
  tarikh luputnya lebih cepat bermakna bahan pengawetnya tidak sebanyak susu 
  formula..


Nah...Allah SWT telah memberikan kita pilihan ...tinggal untuk kita melihat dan menerimanya sahaja sahaja...statement di dalam blog tersebut  datangnya dari Kaunselor Laktasi bertauliah iaitu Pn Kamariah Alwi dimana beliau diktiraf bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat Global...maka, ayat2 beliau adalah hasil dari kajian dan pengetahuan yang diperolehi sebagai seorang ilmuan...sebelum kita membuat apa2 pernyataan ataupun persoalan, saya kira lebih baik kita dalami dahulu sesuatu ilmu atau isu itu...peringatan ini juga untuk diri saya yang sentiasa lupa..apapun...bak kata anda semua...lain orang lain pendapat dan kita semua berhak untuk memberikan pendapat....tepuk dada tanya lah selera sendiri...pilihan di tangan anda ...buat Hana, terima kasih hana kerana berkongsi maklumat ..anda telah pun melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan membuka mata ibu2 yang dengan berkongsi artikel tersebut...syabas diucapkan....


teruskan usaha anda ya hana...


ketika Festival Gamelan Sedunia 2010, Terengganu..
Bila mama free nanti, mama buat entry pasal BF in public....dah ada permintaan....sabar yer dear fatin...mama cuba cepatkan ya....

mama juga seperti ibu2 lain di luar sana.............masih belajar...sama2 kita berkongsi ilmu....pada yang lain juga ...sentiasa rajin menimba ilmu terutama ilmu BF dan parenting....zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu dimana semuanya natural.....zaman kini penuh dengan cabaran buat kita semua terutama bagi ibu 2 seperti kita......paling mudah jika inginkan maklumat....Pak Google senantiasa boleh membantu.....dan juga perkongsian ilmu bersama ibu lain...jadi ibu yang rajin ya....hehehehehe

2 comments:

Faryza said...

rajin ke blog...tp tak komen pun.uhhuhuhu
yeee betul.. kena process bt susu soya sendiri laa lps ni.uhhuhu..
dr noraini ckp amir bukan alah pada laktosa tp pada protein susu lembu.huuhhu klu mknan tu pendek protein susu dlm kandungan nye dia bole mkn.klu panjang tak bole.dr ckp amir inborn mcm tu...terima laa nasib ..heheh tak pe janji sihat.
cayok3 exbf untuk adek plak..

Nur Shazura said...

Salam fariza...
Allah sedang menguji kreativiti Fariza sebagai seorang ibu....pandang dari sudut positif ya....Allah beri Amir kelebihan sebenarnya dengan alahan protein susu lembu.....maka Amir tak perlu consume dairy product yang berasaskan makhluk Allah itu....lepas ni Amir bley berlagak...saya membesar dengan susu mama saya dan sumber tumbuhan tanpa pertolongan mama moooo.....apa yang terjadi ni pun memberi hikmah pada fariza....fariza akan menjadi ibu yang lebih teliti dan sentiasa memastikan yang terbaik dan selamat untuk diberikan pada Amir..kalau tak kita ni main bagi ajer pada anak kita, kan.....dan lagi satu, fariza dapat tambah banyak ilmu sebab kak sha perasan fariza rajin google dan kaji. skarang kak sha juga pasti fariza akan baca label ingredient makanan yang akan dibeli dengan lebih teliti untuk memastikan rantaian protein susu lembu yang ada..kan....semoga Allah beri pahala yang setimpal dengan usaha Fariza dan Johan dalam memastikan yang terbaik buat anak2 kalian...

Related Posts with Thumbnails