Di sinilah tempatnya.....Isi hatiku......luahan jiwaku....aduan perasaanku.....yang ku ingin kau tahu....

Tuesday, June 7

Polisi Penyusuan Susu Kebangsaan

Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan


"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan..."

10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)

1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.

2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.

3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.

4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.

5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.

6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.

7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)

8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.

9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.

10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.

Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.



sumber : susuibu.com & anakkusayang.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails