Maklumat di bawah ini mama telah print cantik2 dan satu mama lekatkan di peti ais di rumah dan satu copy lagi mama lekatkan di peti ais mama ani iaitu pengasuh safi dan umar untuk panduan kami bersama:
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
1. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
2. Di dalam suhu bilik
(25°C hingga 37°C) tahan sehingga 4 jam
(15 hingga 25 °C), tahan sehingga 8 jam (selalunya dalam bilik yg ada penghawa dingin)
3. Di dalam peti 2 pintu ( rak atas )
(2°C hingga 4 °C), tahan sehingga 3- 5 hari
selepas 5 hari jika tidak digunakan, digalakkan untuk memasukkan susu tersebut di bahagian dingin beku
(freeze)
4. Peti sejuk bahagian beku (1 pintu)
2 minggu
5. Di dalam peti sejuk bahagian beku (2 pintu)
(-18 hingga -20 °C), tahan sehingga 3 bulan
Nota : Susu beku dari bahagian dingin beku yg telah dicairkan di bahagian rak atas peti sejuk boleh tahan
sehingga 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula.
Panduan asas penyimpanan susu ibu
(sumber : http://www.momschoice.com.my/)
1.bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
2.catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
3.simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
4.jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
5.susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
6.jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
7.sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
8.jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
_____________________________________________________
Maklumat Tambahan1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Sumber: Le Leche League
Buat Ibu Ilyanie dan mama-mama di luar sana, maklumat mengenai tempoh penyimpanan ini kadang kala boleh buat anda keliru kerana terdapat percanggahan dalam pelbagai buku , blog serta info dari individu yang memberikan anda tempoh masa serta suhu yg berlainan.
Tidak mengapa...lain ibu lain susunya...mungkin sebab itu ketahanan susu perahan berlainan antara ibu dengan ibu yg lain yg boleh diakibatkan oleh pemakanannya serta pengambilan ubatan,suplement dan sebagainya atau sememangnya memang begitu dari segi kandungannya.....ada susu perahan yg boleh tahan lebih lama dari suhu yg disyorkan dan ada juga yang mula rosak kurang dari waktu yg disyorkan....
Nota di bawah adalah berdasarkan pengalaman mama ya!
Suhu dan tempoh di atas adalah standard yg diguna pakai oleh kaunselor laktasi, peer counselor mahupun pengamal perubatan ketika memberikan cadangan tempoh penyimpanan susu perahan. Namun , suhu akan berbeza bergantung kepada peti ais anda selain kualiti susu perahan itu sendiri.....antara yang membuatkan ianya berbeza berpunca daripada peti ais adalah kerana:
1.kekerapan buka dan tutup pintu peti ais.
2.barang yg disimpan banyak atau sedikit..lagi banyak barang dalam peti ais kita, lebih kurang sejuk suhunya.
3.usia peti sejuk.lebih lama usia lebih kurang prestasinya berbanding peti ais yang baru dibeli.
4.cuaca dan suhu sekitar (bagi penggunaan cooler box/bag)
5.pretasi tahap pencairan ais ketul atau ice pack bagi penggunaan cooler box/bag.
suhu di atas adalah standard yg dicadangkan setelah pelbagai kajian dibuat. tidak salah jika kita jadikan sebagai rujukan. bagi mama, kadang kala ada situasi yg memungkinkan kita terpaksa membuat keputusan luar dari standard yg telah diberikan dan di hati seringkali berbelah bagi ....boleh ke?...tak boleh ke?
jalan yg boleh anda ambil....ikut kata hati serta perhatikan output,maksudnya...selagi kita yakin yang susu perahan itu elok seperti tidak berbau pelik, tidak bertukar warna yg pelik serta tidak bertukar bentuk yg pelik (dari cecair menjadi pepejal serta berbuih) terpulanglah pada anda dan selepas memberikannya kepada si manja, si manja anda tidak berkeadaan luar dari biasa seperti mula cirit birit, muntah , alergik dan sebagainya...tepuk dada tanya hati.....ia susu perahan anda.....keadaan ini akan membuatkan anda tertanya-tanya especially jika terlebih satu hari dari standard yang disebutkan di atas......betul tak?takkanlah semata2 nak tahu suhu yg tepat sehingga membeli domestik termometer yg boleh tahan juga harganya...hehehehehe
Untuk makluman tambahan..di bawah ini mama kongsi info dari Pn Kamariah yg merupakan seorang Kaunselor Laktasi dan Pengasas Susuibu.com ketika beliau menjawab soalan dari forumer;
Posted on: 2005/1/11 16:45
Re: Tempoh penyimpanan
Puan, tahniah kerana puan berazam untuk menyusukan anak puan sepenuhnya.
Mengenai kemusykilan puan tentang kualiti susu yang disimpan, memang benar terdapat kajian dibuat mengenai tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.
Kajian ini baru sahaja di buat dan diterbitkan artikelnya pada Oktober, 2004. Cadangan dan kaedah penyimpanan susu bagi ibu bekerja pula telah lama wujud sebelum kajian ini dibuat. Itulah sebabnya terdapat sedikit percanggahan maklumat di dalam perkara ini.
Sebagai jalan tengah kepada permasalahan ini, SusuIbu.com mencadangkan kepada ibu-ibu bekerja supaya mengekalkan cara dan kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari, puan bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu puan di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak puan mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.
Contohnya begini, katakan puan telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari puan berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dair koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, puan dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak puan.
Diharap kaedah ini dapat dicuba dan memberi manfaat kepada puan dan anak puan serta ibu-ibu bekerja yang lain.
Buat semua mama-mama di luar sana...untuk pengetahuan anda....mama bukanlah insan yg mewah dengan susu badan sehingga melimpah ruah..mama tak ada deep freezer pun...sekadar peti ais 2 pintu yg dibeli semasa belum kahwin dahulu.......kerana itu...jika ada susu yg rosak, tertumpah mahupun terlebih dari lingkungan masa yg sepatutnya......sangat sebak untuk membuangnya...ibarat membuang nyawa sendiri....namun mama tidak mahu memberi tekanan pada diri kelak ia akan memberi efek pada pengeluaran yg akan datang.......jika perlu buang ....buang sahaja...usaha untuk menggantikkan dengan sesi pemerahan yang lain......mama juga pernah melalui masa2 getir kurangnya susu kerana tekanan kerja dan masalah keluarga.....itu perkara biasa........ia bukan perjalanan yg mudah buat mama.......bagaikan roda......anda juga melalui perkara yg sama, bukan?
zaman mewah....umar sebelum cecah 1 tahun..setiap sesi pemerahan, inilah hasilnya...sehari mama memerah 4 hingga 6 kali di opis...bayangkan hasilnya...umar hanya minum 3-4 botol sahaja sehari......
paling banyak sekalipun....hanya penuh bahagian beku dan 7 ke 10 botol di bahagian bawah...namun...berkat dengan izin Allah SWT...umar berjaya mendapat khasiat secara eksklusif 6 bulan dan menyusu sepenuhnya susuibu sehingga lebih 2 tahun.....Alhamdullillah....
hasil yg tidak sama setiap kali pemerahan...namun cukup masa pengosongan perlu dilakukan.....ingat itu ya.....ini zaman avent sebelum hadirnya spectra 3 dalam hidup mama....
ketuk-ketuk mama sayang : anda ibu...anda lebih tahu.....dan.........apapun perkara....bersederhanalah...jikalau terlalu taksub...satu hari akan memakan diri sendiri...end up akan memalkan diri...... (pesanan arwah bapa mertua mama suatu ketika dahulu.....)
19 comments:
saya setuju pesanan arwan FIL awak..hdup akn lg baik kalau bsederhana..
good info..
i mmg tgh mencari2 mcm mana cara utk bf exclusively. moga berjaya la hendaknya..
salute dkt u.. :)
salam..minta kebenaran nak copy apa yg patut utk dikongsi bersama2...tq...
sila...sila...sharing is caring...:)
best baca info ni. sy juga sedang belajar ni.
nak tanya lagi, utk penyimpanan susu ibu, boleh guna bekas plastik biasa ye?? cth mcm bekas dadih ke.. (seperti yg sy lihat dlm gambar atas tu)
chugie:buat pengetahuan chugie...sha juga masih belajar hingga kini..ilmu digali tak pernah habis..mengenai bekas dadih untuk penyimpanan EBM, sha guna hanya sekali setiap bekas dadih tersebut...maknanya sha tak recycle/guna semula....ini kerana sha tak yakin dengan kualiti bekas tersebut selepas melalui proses pemanasan.tapi still tak rasa mahal sebab untuk 100 biji hanya rm7 shj....ingat ya...menyusu anak seharusnya menjimatkan tetapi tahap keselamatan serta qualiti ebm juga perlu dijaga....selamat menempuh alam bahagia dalam penyusuan si manja anda....
oh gitu ye.. k, thanx utk info tu ye.. :D
welcome dear....
mtk copy yek...nk msk dlm blog saya..t lwt la blog saya jgk..
babyqairee.blogspot.com
akak...sue nk mintak ijin jugak nk copy masuk blog...sgt bagus ni...
salam, saya jg ingin mencuba utk menyimpan susu, tp mslhnya peti ais mak sya terdpt terlalu byk brg, mcmana nk simpn? perlu ke peti ais baru?
Good info..mohon share page...
hai..nak tanya,,kalau letak ebm dalam cooler bag tanpa icepack tahan berapa jam ye?..dan boleh kew gantikan ice pack dengan ais kiub ???
salam..mohon share di blog saya yer
baru tahu ,, bagus thnks info
Assalamualaikum, mnt pndpt.. Sya nyusu baby yg bru nk 2 bulan dgn kakak yg bru 2 thun, masalah berat baby x memuaskan msa check 1 bulan, Patut 3.8kg tpi Cuma 3.4kg, Dr sruh campur FM.. klo bleh x nk campur FM, tp x nak lagi berhenti kan kakak dr BF sbb msa dia 1 thn 4 bln susu keluar sbb pregnant, so nk cover blik at least utk cukup kan 2 thun penyusuan
Salam nhafidzs
pada pendapat saya yg masih belajar ni.....3.8 dengan 3.4 tidak banyak beza bagi bayi biasa i.e bukan bayi berpenyakit dan sebagainya....utk mendapatkan jawapan yg lebih meyakinkan...rujuklah doktor yang pro bf kerana pendapat mereka akan disulami elemen positif yg selari dengan penyusuan susu ibu.saya sendiri dinasihatkan oleh doktor kerajaan (ketika lawatan di klinik kesihatan) untuk campur fm supaya anak kembar saya naik berat badan namun kita perlu lihat banyak aspek yg mempengaruhi contoh bayi yg pramatang takkan nak ikut skala bayi yg lahirnya matang,baby yg lahirnya kembar takkan nak ikut berat baby yg lahirnya single (dari segi berat badan) ...dah lahir 1.9kg tetiba nak 3kg dlm masa sebulan.....baby yg lahir dengan berat 3kg mungkin tiada masalah untuk capai berat 3.8 dalam masa sebulan...kan?
dari segi kakaknya pula...saya sendiri susukan anak kedua saya sehingga 3 tahun 7 bulan...kerana weaning process amat payah bagi saya....sepatutnya proses ini memerlukan persetujuan dua pihak iaitu si ibu dan anak tapi dalam kes saya...saya yg tak mahu ...hehehehehehehehe
sedih bila anak dah taknak menyusu dengan kita...rasa macam anak dah tak sayang saya (aduhai....psiko betul mama ni...)
dan dari pengalaman saya...dengan adanya anak yg tua menyusu dengan saya....dia telah menjadi agen yg baik dalam merangsangkan areola...sepatutnya lebih banyak susu yang dapat dihasilkan...apapun terpulang.....sebagai ibu...kita tahu apa yg terbaik buat anak kita....pada saya nhafidzs tiada masalah...cuma keliru dari segi pendapat dari org sekeliling.....teruskan penyusuan...selagi berat tidak jatuh ke paras kritikal ....monitor keaktifan bayi....selagi bayi sihat dan ceria serta tiada masalah kesihatan lain....insyaallah semuanya...good luck :)
Salam.. Nak tanya,, bby sy baru 2 bulan 2 minggu..anak pertama n masih baru belajar. Bby sy consume dlm 5 oz setiap penyusuan n sgt kerap mnyusu.. Jadi untuk menyimpan ebm sy perlu simpan 5 oz n slalu membazir bila bby xnak n kadang2 x cukup so perlu panaskan lagi susu hingga membazir untuk botol kedua.. Saya agak keliru dengan tempoh ketahanan susu setelah dipanaskan.. Adakah susu dari bahagian sejukbeku yg telah dipanaskan tahan 1 jam n susu dari bhgn sejuk shja yg telah dipanaskan tahan 2 jam? Byk sumber yg buat sy keliru n sebolehnya sy nk kn kepastian dri puan untuk mengelakkan pembaziran susu.. Tq
Sy ingin brkongsi sama..ilmu yg Sgt bguna.tq
Post a Comment