Di sinilah tempatnya.....Isi hatiku......luahan jiwaku....aduan perasaanku.....yang ku ingin kau tahu....

Thursday, December 22

Mendapat undangan mesyuarat Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WP KL dan Putrajaya dr Pn Dayana (Jabatan Kesihatan W/P Kuala Lumpur) melalui email....

Saya ke sana bersama hayatie dan zarin..pagi2 sudah berkumpul di gerai nasi lemak depan rumah hayatie...sarapan ......yatie n zarin, korang tau tak sha tertingal bihun goreng bungkus kat gerai tu...lepas balik meeting konon nak makan, tengok2 takder....baru teringat atas meja makcik tu....halalkan jer la.....

sib baik zarin ingat ingat-ingat lupa...hehehehehehe lupa jalan sebab dia pernah sampai ke tempat tersebut.....kami bajet kami yg paling lewat...rupanya kami yg paling awal.......selepas beberapa ketika menunggu, beberapa org rakan lain tiba dan mesyuarat dimulakan oleh Pn Azah , Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan) memberi sepatah dua kata serta motivasi untuk kami bersama2 mereka memartabatkan Penyusuan Susu Ibu.

Pembentangan oleh Pn Diyana..

saya yg khusyuk..dengan tudung baru....sambil menenen umar ni...hehehehehe


 Yatie yg sedang mengepam.....ya!kami ibu2 yg buktikan walaupun sibuk sibuknya la hai... namun kami tetap mengutamakan keperluan si manja kami..........tepuk!tepuk!tepuk!....

Asalnya zarin ajak makan tengah hari ikan bakar area situ tapi lepas mesyuarat berakhir, kami dijemput untuk makan tengah hari...wah...makan free!!!...langkah kanan...rezeki jangan ditolak...hehehehehe
paling kagum...setiap hidangan disertakan maklumat berapa kalori yg diwakili makanan2 tersebut...errr....makan di Bahagian Pemakanan Jabatan Kesihatan lah katakan hehehe....but for me....it is a good effort.....kalau macam saya nak ambil 2 ketul ayam  or nak tambah nasi pon pikir 2 kali ...hehehehehe....diet sha...diet.....
safi 2 kali tambah nasi siap ratah salad beria.......sedap kalau org masak ye nak...kalau mama masak, nak abiskan sepinggan pon jenuh...nak kata tak sedap...papa ko 3 kali tambah...huhuhuhuhu






diskusi tetap diteruskan sambil ratah buah...

sebelum pulang , ambil gambar tanda ingatan, tanda pernah sampai (memang akan dtg lagi....umar poo poo 2 kali dan safi poo poo sekali di tandasnya...org2 tua kata itu tandanya nak dtg lagi...heheheheh)

ada gambar kami beramai2 tapi tak mau upload....Sebab?...sebab saya tak suka gambar saya dalam tu....dah macam preggy lady.....salah angle (salahkan angle padahal dia yg dah over mok mok....huhuhuhuhu)

perjuangan kami melangkah setapak lagi dan kini dengan kerjasama mereka yg mempunyai segala yg kami perlukan.....kami lengkap melengkapi satu sama lain...insyaallah...inilah sumbangan kecil  kami dalam memartabatkan PENYUSUAN SUSUIBU di Malaysia...

Tuesday, December 20

Jalan-Jalan @ Mines, Seri kembangan

bawa safi dan umar jalan2 kat Mines...kalau berposing......memang tak yah ajar...


jalan sket ngadu lapar.....bukan apa sangat ...lapar mata tengok dunkin donuts...


sambil2 tengok bot bawah tu......




Saturday, November 12

Buatmu sayangku Elrinor Azis. .

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


sedetik lebih by anuar zain. . .



Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, November 4

supplement dan penyusuan. . . antara fakta dan omongan. . .

dua tiga menjak ini. . . wall saya penuh dengan asakkan promosi produk2 supplement. . .sebagai pemegang ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan pengkhususan pemasaran (maaf,saya sengaja sebut. . .manalah tahu nanti ada yg pertikai siapa saya untuk mengulas). . terlalu byk etika marketing yg dilanggar sehingga saya merasakan si peniaga seolah-olah terlalu terdesak. . (yg mana saya mengharapkan sebaliknya. . . saya kesian. . . mereka2 adalah individu yg saya kenali). . .

sebagai penyokong dan pendukung penyusuan susuibu. . . saya tersentap dgn beberapa statement yg mengaitkan kebergantungan penghasilan susu badan dgn produk2 supplement ini. . . namun siapalah saya untuk menidakkan. . . saya hanya pegawai kebudayaan. . . untuk menyediakan fakta2 sepertimana yg dilakukan oleh kaknad memerlukan saya utk dating dgn pokcik google berhari2. . .

saya minta izin kaknad untuk paste kesepuluh fakta berasas untuk membetulkan kembali minda kebanyakkan ibu2 mengenai pengambilan supplement. . supplement tidak salah . . . anak saya juga saya berikan vitamin scot emultion dan multivitamin. . . namun jgn lah kita obses. . . . sumber terbaik adalah yg asli. . . pemakanan seimbang. . . ingatlah,utk menghasilkan tablet2 supplement,pelbagai bahan kimia diperlukan untuk menghasilkannya . . . . bayangkan serbuk2 yg dipadatkan dlm sarung pill itu. . . tepuk dada tanya selera. . .

untuk makluman. .kaknad adalah seorang doktor yg berkhidmat di hospital kerajaan.seorang lactivist yg aktif di perak(negeri kelahiran dan kebanggaan saya). . dan di malaysia. . .antara pc yg aktif mengikuti aktiviti mbfpf serta program memartabatkan penyusuan susuibu dalam dan luar negara.:



dari Wall FB Dr.Nadrah Ariffin

Harini saya dpt msg promosi dr smbody "Klu kita dah maintain pengeluaran susu dgn baik,tp susu masih merudum, maknanya ibu tu kekurangan kalsium, so belilah set utk menyusu ni dgn saya ye"…hahh?? Fakta apa nih? FIY, ni saya bg fakta EVIDENCE BASED MEDICINE ye…sila baca satu persatu dibawah ini. Saya faham anda nak lakukan produk, tp jgn smpi anda manipulate fakta n manipulate penyusuan susu ibu.


Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap "usaha" membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

jika anda tidak setuju. . . sila komen. . . saya akan bawa komen anda ke fb kaknad supaya kita dpt berbincang secara ilmiah. . . .



saya bukan anti supplement. . saya anti pd org yg ambil kesempatan terhadap org lain. . . boleh berniaga tapi beretika lah. . perniagaan itu kan sunnah. . .
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, June 20

Petua Mengasihi Isteri...Tunjukkan yg anda bangga punya dia sebagai isteri.....

Sedang berjalan di fb rakan2....terjumpa petua ini...khas untuk semua para suami .....sebagai panduan anda.....nanti saya cari petua mengasihi suami pula...sharing is caring...:)

1.Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".


2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai. Jangan malu untuk mengucup dahi atau pipinya

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri


panjang-panjangkanlah ilmu yg bermanfaat......


sumber: fb/my baby store...



Wednesday, June 8

My Breastfeeding Plan

Your Breastfeeding Plan is your plan of action. It helps your family and health-care providers understand your ideal hospital experience and feeding goals.

The Plan Can Be Completed With :

-Your doctor

-Your baby’s doctor

-The hospital staff


 BF PLAN

Exclusive BreastFeeding
My goal is to exclusively breastfeed my baby. Please do not give my baby any supplements before speaking to me or my birthing partner. I need all of my baby’s suckling to be at my breast in order for me to establish a good milk supply.

No Bottles or Pacifiers
Please do not give my baby artificial nipples including pacifiers or any types of bottles filled with formula, water, or glucose water. If there is a medical reason for supplementation, I would first like to speak with a lactation consultant or pediatrician about trying alternate feeding methods with expressed breastmilk.

Skin-To-Skin
When my baby is born, I would like to have him/her placed on my chest, skin-to-skin with me for at least thirty minutes. If possible, please perform routine newborn evaluations with my baby on my chest. Throughout our stay, I want to be able to hold my baby skin-to-skin as much as possible. A blanket may be placed over us, but not between us, if extra warmth is necessary.

First Hour
Please help me initiate breastfeeding within 30-minutes to 1-hour of delivery. This means placing my baby skin-to-skin as soon as possible after birth and offering to help to begin breastfeeding when my baby seems ready (e.g. rooting, licking lips, etc.). Please do not force my baby to take the breast if he/she is not showing signs of readiness. Instead, keep my baby skin-to-skin with me until he/she is ready to try to latch.

Routine Exams
Please examine my baby in my presence and do not take him/her away from me unless he/she requires medical treatment that cannot be done in my room.

Emergency Cesarean
If I have a cesarean, I would like to hold my baby skin-to-skin as soon as possible after the operation. If I am unable to for some time after the delivery, then please allow my partner to hold my baby skin-to-skin.

Rooming - in
I would like to room in with my baby 24 hours a day to give my baby plenty of skin-to-skin time and so I can learn my baby’s feeding cues and feed him at his first sign of hunger. If for some reason my baby and I are not in the same room, please bring him/her to me at the earliest hunger cues, such as sucking on hands, making sucking noises, rapid eye movements or rooting.

BreastFeeding Assistance
Please teach me how to identify a good latch and how to correct my baby’s positioning and latch if improvement is needed. Please teach me how to recognize my baby’s early hunger cues and how to tell if my baby is breastfeeding well.

Breast Pump
If my baby is unable to breastfeed or is separated from me due to medical reasons, I want to be able to use a breast pump within 6 hours of delivery. If you think I am going to need a pump longer than my hospital stay or if there is not a double electric breast pump available, please remind me to call my WIC office for a pump.

Discharge Bags
Please do not give me a discharge bag containing formula or show me any promotional or marketing materials concerning artificial baby milk.

BreastFeeding Support After Discharge
I would like to receive contact information for breastfeeding support in case I need help with breastfeeding after my baby and I are at home.


Ada pelbagai cara dan mama tertarik dengan BF Plan yg dibuat oleh kawan mama Hayatie Hasyim .....ia sangat kreatif, simple dan mudah difahami....Panduan untuk ibu2 yg bakal melahirkan terutama untuk ibu2 baru...Inilah hak2 kita ....:PERTAHANKAN!


Panjang2kan ilmu ini ya....semoga ramai mendapat manfaatnya.....jangan lupa nyatakan sumber dari mana ya...sepertimana yg saya lakukan di bawah:






Tuesday, June 7

Polisi Penyusuan Susu Kebangsaan

Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan


"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan..."

10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)

1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.

2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.

3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.

4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.

5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.

6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.

7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)

8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.

9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.

10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.

Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.



sumber : susuibu.com & anakkusayang.com

Thursday, June 2

7::Horas Medan:Medan

Sepanjang perjalanan ....kami dapat lihat pelbagai perkara yg diwakili oleh budaya dan cara hidup masyarakat utara sumatera ini.....kami berkesempatan melihat sekali lalu upacara pengkebumian yg dilakukan di halaman rumah serta papan2 tanda yg menggunakan bahasa yg agak pelik ....bagi kitorang la...

gambar kubur lagi....

aman dan nyaman kah????sila lihat gambar seterusnya...

aduhai.....seriau tengok penumpang kat atas bumbung tu...

ahli  kunci??

jamming studio and sewa .....hehehehehe...can't imagine ada studio dalam tu..

kedai serba serbi...

sampai sahaja medan...kami minta hafiz bukakan tingkap supaya senang nak ambil gambar....rupanya kawasan yg kami lalui adalah kawasan medan yg dibenarkan menjual B1 dan B2...selepas lepas 1 traffic light, barulah kawasan makanan tak halal tu berakhir....then di tengah kota medan...B1 dan B2 tidak dibenarkan dijual secara terang-terangan...

at the end kami sampai

MEDAN....

 ini rumah tau.....bukan pejabat....

ini baru pejabat...dah lebih kurang je rupa dia...

beca motor...apatah nama dia ...tak ingat la pulak...

di sini 'station' dieja 'setasiun' ya semua....


 tokong cina....di sini susah untuk nampak tokong atau kuil...yang banyak adalah masjid dan gereja...

juice anybody???

mereka masih guna kodak filem ..

gigih peniaga ni...

masjidnya dah macam kubah dalam Kartun Aladdin Disneyland...

akhirnya selepas hampir 3 jam perjalanan sampai pakcik pon terlentok...hehehehe

shoppingan pertama di sini........banyak baju safi dan umar yg cantik2 di sini.....tak sempat nak jelajah sangat....sebab harga lebih kurang macam di Malaysia..

kemudian kami ke toko ini........mencari jubah...memang hajat mama nak beli jubah hitam untuk diri sendiri
(i don't have one....huhuhuhu) dan nak belikan opah n wan jugak......boleh diorang wat pelasah pegi kelas agama....

ibu yg penat...apa yg dicari tak dak......

but mama ngan mama ani masih rambang mata...hehehehehe...end up tak beli pon....kitorang aim Pasar Ikan dan Pasar Petisah...yg dimaklumkan jauh lebih murah...

sementara para ibu2 shopping...papa test feeling photograher lagik......thanks to zarin n hanidah sebab pinjamkan kitorang SSC ni.....memang sangat membantu....

kemudian kami menempah Bika Ambon untuk dibawa pulang ke Malaysia....kedai ini juga menyediakan khidmat delivery ke hotel....and kalau beritahu kita nak bawa naik flight...dia akan bungkus siap2 sesuai untuk kita bawa...Bika ambon di macam kuih bingka...but for my tekak....ia lebih sedap dari our kuih bingka...rasanya dan seakan kek lapis....

kedai Rika ni ada juga jual makanan ringan macam kat kedai Paten yg kitorang singgah masa nak ke Parapat hari tu.....so kitorang pon membeli lagi ....memang sedap tau...

jangan risau...jualan kedai ini diiktiraf halal

selain bika ambon....ada juga kuih boulu...kek lapis.....dll....keklapis tak beli sebab rasanya biasa saja...sedap lagi kek lapis sarawak...

sebelum makan tengah hari...kami singgah sebentar ke Pasar Petisah...keadaan di sini lebih kurang seperti di pekan Kajang, Selangor...sibuk dengan kenderaan dan org...
Rp dah tinggal sket...so tukar lagi RM ke Rp lagi....huhuhuhuhu


besar sungguh piring kuali diorang...ni kalau dapat siaran Malaysia..memang tak heran la...

parking memang sesuka hati...

bawah kanvas biru tu gerai2 tau...macam uptown punya konsep...





kat pasar Petisah ini la mama jumpa this vest....cantik kan.....rasanya mahu buat satu set seperti ini untuk my choir group.....simple but smart....

dan akhirnya kami dibawa hafiz untuk makan tengah hari......lihat tu si Umar dah buat muka...dah kelaparan...next entry ya...:)







Related Posts with Thumbnails