Rakan2 SI telah memberikan link ini di blog kepunyaan salah seorang rakan MBFPC juga......tahniah Hana kerana berkongsi ilmu dengan yang lain...semoga anda diberkati atas usaha ini....
Pendapat saya??
Setiap orang berhak memberikan pendapat...dan harap orang lain dapat menghormatinya....mama juga sedang melatih diri untu mendengar dengan baik serta menghormati pendapat orang lain walaupun kadang kala pada dasarnya kita tidak bersetuju dengan pendapat tersebut....
So....pada pendapat saya menengenai tajuk di atas....hendak seribu daya...tak hendak, seribu dalih..alasan sentiasa ada selagi manusia wujud di muka bumi ini...semoga kita diberi hidayah oleh Allah untuk terus berjuang walau apapun terjadi bahawa susu ibu adalah yang terbaik...memberikan anak kita susu formula tidak menjadikan kita seorang ibu yang tidak bertanggungjawab tetapi berusaha untuk memberikan anak kita susu ibu sepenuhnya walau apapun halangan dan dugaan dari segi kemampuan, atitud anak ataupun kelemahan diri akan menjadikan kita sangat bertanggungjawab terhadap anak kita dunia dan akhirat...
Sebagai ibu,kita perlu menjadi peneroka...peneroka kepada pelbagai persoalan (contohnya kenapa susu kering, kenapa susu tiada,kenapa anak tidak menerima susu ibu lagi dan bagaimana untuk meneruskan penyusuan susu ibu serta apa yang dapat diberikan kepada anak yang jika dia menolak itu atau ini) dan kita juga peneroka dunia anak2 kita yang semakin banyak memberikan kita peluang untuk mengetahui pelbagai perkara baru kerana zaman telah terlalu banyak berubah (contohnya kemahuan dan kesukaan anak serta atitud anak terhadap kamahuan si ibu..) ..zaman kanak2 kita tak sama dengan zaman kanak2 anak kita sekarang.......
Allah juga telah memberikan kita terlalu banyak pilihan sehingga tak terpilih dek kita dalam usaha untuk memberi anak kita makan ....tidak pernah mama mengatakan minum susu itu salah...kebanyakkan tulisan yang berkaitan tajuk di atas selalu disalah ertikan.....cuma mengapa SUSU FORMULA??? .sekali lagi mama ulang ayat sebelum ini iaitu "Allah juga telah memberikan kita terlalu banyak pilihan sehingga tak terpilih dek kita dalam usaha untuk memberi anak kita makan" .... Jika masih mahu susu menjadi salah satu sajian untuk keluarga, sila baca apa alternatif yang anda ada iaitu SUSU SEGAR berbanding SUSU FORMULA :
- susu formula diproses dari cecair hingga menjadi tepung ..bayangkan proses ini pasti
membabitkan pelbagai bahan kimia serta pendedahan ketika sesi pembuatannya.....lagi sekali
bayangkan dari cecair menjadi Tepung......
- tarikh luputnya pun lama bermakna kandungan pengawetnya adalah tinggi berbanding susu
freshmilk yang juga melalui pelbagai proses tetapi pastinya tidak sebanyak susu formula serta
tarikh luputnya lebih cepat bermakna bahan pengawetnya tidak sebanyak susu
formula..
Nah...Allah SWT telah memberikan kita pilihan ...tinggal untuk kita melihat dan menerimanya sahaja sahaja...statement di dalam blog tersebut datangnya dari Kaunselor Laktasi bertauliah iaitu Pn Kamariah Alwi dimana beliau diktiraf bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat Global...maka, ayat2 beliau adalah hasil dari kajian dan pengetahuan yang diperolehi sebagai seorang ilmuan...sebelum kita membuat apa2 pernyataan ataupun persoalan, saya kira lebih baik kita dalami dahulu sesuatu ilmu atau isu itu...peringatan ini juga untuk diri saya yang sentiasa lupa..apapun...bak kata anda semua...lain orang lain pendapat dan kita semua berhak untuk memberikan pendapat....tepuk dada tanya lah selera sendiri...pilihan di tangan anda ...buat Hana, terima kasih hana kerana berkongsi maklumat ..anda telah pun melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan membuka mata ibu2 yang dengan berkongsi artikel tersebut...syabas diucapkan....
teruskan usaha anda ya hana...
ketika Festival Gamelan Sedunia 2010, Terengganu..
Bila mama free nanti, mama buat entry pasal BF in public....dah ada permintaan....sabar yer dear fatin...mama cuba cepatkan ya....
mama juga seperti ibu2 lain di luar sana.............masih belajar...sama2 kita berkongsi ilmu....pada yang lain juga ...sentiasa rajin menimba ilmu terutama ilmu BF dan parenting....zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu dimana semuanya natural.....zaman kini penuh dengan cabaran buat kita semua terutama bagi ibu 2 seperti kita......paling mudah jika inginkan maklumat....Pak Google senantiasa boleh membantu.....dan juga perkongsian ilmu bersama ibu lain...jadi ibu yang rajin ya....hehehehehe
mama juga seperti ibu2 lain di luar sana.............masih belajar...sama2 kita berkongsi ilmu....pada yang lain juga ...sentiasa rajin menimba ilmu terutama ilmu BF dan parenting....zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu dimana semuanya natural.....zaman kini penuh dengan cabaran buat kita semua terutama bagi ibu 2 seperti kita......paling mudah jika inginkan maklumat....Pak Google senantiasa boleh membantu.....dan juga perkongsian ilmu bersama ibu lain...jadi ibu yang rajin ya....hehehehehe