Selepas SPM sehingga ketika dalam pengajian di IPT dan seterusnya setelah tamat pengajian, saya telah bekerja secara separuh masa atau sepenuh masa di pelbagai sektor ,majikan pelbagai kaum dan organisasi dengan pelbagai jenis jawatan membuatkan saya rasa sangat beruntung...beruntung kerana dapat mengumpul banyak pengalaman...terutama dalam usaha untuk memastikan diri saya dapat diterima walau dalam apa jua kumpulan atau tempat. ..serta penuhkan diri saya dengan ilmu2 untuk disukai dan disayangi majikan (tak boleh blah betul ayat...hahahahahaha). sehingga kini saya masih mendalami ilmu ini sebab tak pandai2 lagi...
Saya pernah bekerja di kedai runcit atau mini market, kedai kraftangan, syarikat telekomunikasi, pusat asuhan kanak2, tadika, sekolah rendah dan menengah,syarikat pengurusan majlis, legal firm, pelbagai tempat hinggalah yang terkini di sebuah institusi pengajian tinggi....pelbagai jawatan juga pernah saya pikul dari pembantu kedai, receptionist,casher, administrator, guru tadika, pengurus acara, guru tuisyen, guru sekolah rendah dan menengah, setiausaha, personal assistant dan pegawai.
Alhamdullillah....syukur kepada Allah SWT kerana saya tidak pernah pun merasai pengalaman mengganggur....1 hari pun tidak pernah....paling sekejap saya berada di sesebuah tempat kerja adalah 1 bulan...itu pun kerana tak larat dengan tugas menjaga salesman di bawah saya dan melayan kerenah pelanggan...almaklum la...baru melangkah ke alam kerja yang berkaitan dengan ijazah saya....(kesimpulannya saya tak betah dalam dunia marketing...hohohoho)....maka saya nekad berhenti notis 24 jam......jumaat hari terakhir dan Isnin di tempat baru...sungguh bersyukur ke atas nikmatmu ya Allah kerana dipermudahkan....kali kedua saya berhenti notis 24 jam adalah setelah berkhidmat hampir 1 tahun....sebelum itu telah ditawarkan kenaikkan pangkat tetapi saya mengambil keputusan berhijrah demi masa depan keluarga kerana tawaran kerja baru ketika itu sangat saya suka iaitu bergelumang dengan seni budaya warisan bangsa dan fleksibiliti masa yang sangat saya dambakan pabila saya telah mempunyai cahayamata.......selepas cuti bersalin, saya terus menerima tawaran kerja baru tersebut....dan kekal sehingga kini....4 tahun lamanya....saya masih lagi berhubung dengan semua majikan2 lama saya atau sekurang-kurangnya dengan staff2 mereka...kerana semua tempat2 kerja saya , saya cuba tinggalkan dengan cara yang sebaik mungkin......sehingga ada sesetengah tempat yang saya pernah bekerja masih lagi menawarkan tempat jika saya ingin kembali lagi kepada mereka....
Petua yang saya amalkan....JANGAN BERKIRA dalam bekerja....
Saya sangat menghormati rakan sekerja...tidak kira pihak atasan, rakan sama jawatan mahupun staff bawahan......ini kerana saya juga pernah menjadi pekerja bawahan...setakat bancuh kopi bos setiap hari, menjawab telefon, despatch dokumen, fotostat dokumen mahupun siapkan laporan malah menjaga inventori stationery...semuanya saya lakukan...hatta kini setelah bergelar pegawai sekalipun, saya tak berkira jika perlu untuk saya menghantar dokumen ke jabatan lain, fotostat dokumen, bersila sambil melipat baju mahupun mengangkat peralatan bersama pekerja-pekerja rencam indonesia....malah setakat bersila sambil melipat pamplet bersama pengurus saya (kini pengarah) dengan kerani kami jam 8 malam di opis kerana esoknya pamplet tersebut akan diedarkan di satu majlis sukan anjuran jabatan....itu perkara normal....seperti yang saya katakan awal2 tadi...saya tak berkira....
tapi saya perhatikan di sekeliling saya ....semakin ramai orang yang berkira apabila masuk bab kerja....seringkali saya dengar..."kenapa saya nak buat kerja ni...saya kerani..ini kerja pegawai...." or "decision ni Pengurus punya kuasa...saya just pegawai...kalau nak tahu refer pengurus sahaja" sedangkan sebenarnya si polan malas nak mengambil risiko jika apa2 terjadi walaupun dia layak membuat keputusan tersebut....atau "U buat la benda tu ...u kan pegawai gred sekian-sekian....i ni pegawai gred sekian-sekian ajer.."....wah!!!!!bila bab kerja...nama jawatan disebut tetapi bila ganjaran atau kejayaan diperolehi......timbullah ayat "semua mesti merasa yang sama, kita kan satu jabatan"....atau "saya yang buat itu ini, so mesti ada bahagian untuk saya"...padahal...si polan jenguk orang tengah buat kerja tersebut pun tidak pernah....kalau tanya balik isi kandungan laporan...haram sepatah pun dia tahu...itu tak mengapa juga...kalau sebelum kejayaan, bagai nak rak komen negatif diberikan....dah lah menolong sekadar ajer...bila komen, sangat menyakitkan telinga...apa kes....????
Paling sedih apabila orang lain meminta bantuan, saya sedaya upaya memberikan dengan semangat dan usaha 110 %....oleh itu saya mengharapkan 110% komitmen juga diberikan apabila saya memohon bantuan .....apabila dimaklumkan yang saya sedih atas bantuan yang diberi ala kadar sahaja ... alasannya SIBUK.......komitmen 110% saya terdahulu pula dipersoal...kononnya saya yang rasa 110% sedangkan pada mereka ianya tak sampai pun.....baru nak persoalkan...dahulu tidak pula......mmmmm.....
kini sang suami selalu berpesan...bila sesiapa meminta bantuan atau jika saya ingin berbuat apa-apa untuk orang lain...jangan over...kelak saya sendiri yang hangin satu badan....saya cuba ya sayang.....hehehehehehe
lagi satu....sikap tak prihatin...kalau saya di dalam sebuah mesyuarat...selagi mesyuarat tidak selesai...saya akan tunggu...fair n square...orang lain juga ada hal anak dan sebagainya..ya...saya faham...tetapi...di sini timbul "ada aku kesah?..keje saya setakat jam sekian-sekian sahaja so sekian dan terima kasih "...n cukup time...hilang........kadangkala terdengar juga ayat "ada aku kisah meeting ni tengah berjalan atau tidak....aku jawatan sekian-sekian shj..balik lambat bukan boleh claim ot atau time off pun...."...wah wah wah...memang lah tak boleh claim tapi pernahkah terpikir yang masa mengular waktu makan pagi, makan tengah hari dan waktu sembahyang yang anda ambil tu...sembahyang berapa minit sangat tapi on da way ke surau dan kembali ke opis....jumpa rakan taulan, bersembang barang 10 minit....tak kirakah????...lunch hingga jam 2petang sahaja tapi 2.20petang baru tiba di opis....?????...bayangkan dalam setahun, berapa banyak masa telah diambil....sebab tu tu saya kadangkala kalau keje malam sekalipun, saya tak kesah sangat nak gantikan dengan time-off yang saya entitle...sebab saya manusia biasa....tambahan pulak ramah....pegi mana pun saya akan berhenti bersembang...hahahahahahahah.
kalau betul2 hanya nak bekerja mengikut task yang dimandatkan oleh jawatan sahaja...kenapa tak boleh itu tak boleh ini bila diberi arahan....alasan pula usah cerita ...berbakul-bakul...bila ditegur....terus mendung hingga ke petang...lancar perang dingin...tak mahu menegur....terus hilang hingga telefon berkali-kali ...cik voicemail setia menyumbangkan suara...........ketika itu segala penyakit pakat keluar....tapi saya tak boleh kata lebih...esok2 mana tahu...saya juga ditimpa perkara yang sama...Ya Allah ...lindungilah hambamu ini....saya tidak kisah tetapi saya mohon sangat2...janganlah penyakit itu dijadikan alasan...kelak diturunkan yang benar atau diterukkan lagi...kita tidak tahu..perkara yang disebut berulangkali mungkin boleh bertukar menjadi doa....
saya sedih....kerana attitude sebegini kebanyakkanya adalah orang yang sebangsa dengan saya...saya bangga berbangsa Melayu dan amat marah bila ada orang kata...''oh si polan tu ker....biasa la...orang Melayu..memang macam tu.."...memang saya hangin satu badan....sebab saya MELAYU...
Pernah merasa berada di jawatan paling bawah dalam sesebuah organisasi membuatkan saya sangat menghargai staff2 di bawah saya kini....saya tahu....betapa kita akan bekerja dengan lebih baik jika kita dihargai tanpa didiskriminasikan kerana jawatan kita......tapi....biarlah ia win-win situation....jika anda tak berkira...saya pasti orang lain juga takkan berkira...kita kerja nak lama....happy ke anda kalau bekerja tetapi terdengar orang sekeliling sok sek sok sek tentang attitude cara kita bekerja.....kalau susah sangat berhenti sahaja....tak perlu menyusahkan orang lain....kelak nanti takut kita dibenci kerana asyik buat orang lain geram, marah dan sakit hati....
apapun pendapat saya ini adalah rangkuman dari keluhan rakan2 serta mereka2 yang saya kenali yang telah penat dengan orang atasan, rakan sekerja dan juga orang bawahan mereka.....tiada apa yang dapat dilakukan oleh mereka-mereka ini bagi mengubah keadaan...kerana attitude seseorang itu hanya boleh diubah oleh tuan punya badan sendiri.....at least bila mereka meluahkan...saya juga dapat berkongsi dengan mereka tentang situasi saya juga yang lebih kurang sama.....
kata kunci yang saya dapat lihat di sini....Berkira......so jangan berkira...kelak anda akan jadi seperti saya....bila orang lain minta bantuan...saya sangat sebuk membantu sampai terabai diri sendiri dan keluarga kadangkala...bila benda sendiri...sampai lunyai la buat sensorang...oppssss...tidak...saya masih dibantu oleh rakan2 yang sangat memahami dan sangat TIDAK BERKIRA....Alhamdullilah...masih lagi ada insan yang mulia pekertinya di sisimu Ya Allah.....Amin.....lagi satu....bila kita membantu orang...tak semestinya orang yang sama akan membalasnya....so redha jer la....
sekadar berkongsi...sharing is caring....
saya semakin kuat dengan kehadiran rakan2 yang kuat menyokong
boss saya pun sporting...walaupun kadangkala saya pening gak dengan dia nih...ampun ya Hj...but he is the best boss ever.....hehehe
kenangan paling saya takkan lupa ketika jabatan saya di bawah naungan prof Ghaz sebagai TNCP
saya tak memilih kerja...kacau lauk pun ok...rendahkan diri anda...baru orang lain akan memandang tinggi kita...
saya happy dengan rakan sekerja lain...walaupun kadang kala ada hik dan hek sana sini...itu lumrah..
seronok dikelilingi orang yang lebih muda...rasa muda
sebelah yang bertopi tu Pengarah dan yang baju oren tu Pengurus jabatan saya...inilah contoh2 orang yang tak berkira dalam bekerja.....kerana kerja itu juga ibadah......apa yang saya dapat perhatikan...org lain juga tak berkira bila bekerjasama dengan bos-bos saya ini
saya di tengah...hehehehehe...nak jugak tepek gambar ini
kegembiraan saya dalam menjalankan tugas...walaupun penat fizikal dan mental..kadang-kala hati saya sakit dek kerana ketidakprihatinan dan keseriusan orang lain dalam kerja... saya teruskan juga untuk buat yang terbaik....tapi mulut memang membebel tak hengat dunia...bukan apa...saya just nak puaskan hati...itu saja...selepas membebel pasti saya akan lega seterusnya terlupa apa yang terjadi...
nanti saya upload gambar2 ketika saya di tempat kerja lama..perlu godek2 kembali cd2 gambar lama...hehehehehe