Di sinilah tempatnya.....Isi hatiku......luahan jiwaku....aduan perasaanku.....yang ku ingin kau tahu....

Saturday, February 19

Tempoh Penyimpanan Susu dan cara Pengendalian Susu Perahan...

Mama rasa terpanggil untuk membuat entry ini setelah rakan sekolah mama ketika di MGS dahulu iaitu  fatin (ibu Ilyanie) mengemukakan beberapa soalan berkaitan tempoh penympanan susu perahannya di dalam fb.......ketika mama melawat Ibu Ilyanie waktu cuti Tahun Baru Cina yg lepas....beliau sedang merangka untuk mula membuat stok untuk keperluan si manja jihah.....Mama tahu yg Ibu Ilyanie memang telah membuat banyak carian di internet serta merujuk ramai kawan2 yg mempunyai pengetahuan dalam bidang penyusuan susu ibu ini......di sini mama sekadar berkongsi. Sumber mama adalah catatan ketika mama membuat carian google di kala mula2 membuat keputusan untuk menyusukan umar secara eksklusif  juga sepanjang 2 tahun penyusuan penuh umar dan juga dengan merujuk Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya Edisi Kedua terbitan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susuibu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur......

Maklumat di bawah ini mama telah print cantik2  dan satu mama lekatkan di peti ais di rumah dan satu copy lagi mama lekatkan di peti ais mama ani iaitu pengasuh safi dan umar untuk panduan kami bersama:

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

2. Di dalam suhu bilik
   (25°C hingga 37°C) tahan sehingga 4 jam
   (15 hingga 25 °C), tahan sehingga 8 jam (selalunya dalam bilik yg ada penghawa dingin)

3. Di dalam peti 2 pintu ( rak atas )
    (2°C hingga 4 °C), tahan sehingga 3- 5 hari
    selepas 5 hari jika tidak digunakan, digalakkan untuk memasukkan susu tersebut di bahagian dingin beku  
    (freeze)

4. Peti sejuk bahagian beku (1 pintu)
    2 minggu

5. Di dalam peti sejuk bahagian beku (2 pintu)
    (-18 hingga -20 °C), tahan sehingga 3 bulan

Nota : Susu beku dari bahagian dingin beku yg telah dicairkan di bahagian rak atas peti sejuk boleh tahan    
          sehingga 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula.

Panduan asas penyimpanan susu ibu
(sumber : http://www.momschoice.com.my/)

1.bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

2.catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya

3.simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas

4.jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

5.susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

6.jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

7.sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar

8.jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

_____________________________________________________
Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League



Buat Ibu Ilyanie dan mama-mama di luar sana, maklumat mengenai tempoh penyimpanan ini kadang kala boleh buat anda keliru kerana terdapat percanggahan dalam pelbagai buku , blog serta info dari individu yang memberikan anda tempoh masa serta suhu yg berlainan.

Tidak mengapa...lain ibu lain susunya...mungkin sebab itu ketahanan susu perahan berlainan antara ibu dengan ibu yg lain yg boleh diakibatkan oleh pemakanannya serta pengambilan ubatan,suplement dan sebagainya atau sememangnya memang begitu dari segi kandungannya.....ada susu perahan yg boleh tahan lebih lama dari suhu yg disyorkan dan ada juga yang mula rosak kurang dari waktu yg disyorkan....

Nota di bawah adalah berdasarkan pengalaman mama ya!

Suhu dan tempoh di atas adalah standard yg diguna pakai oleh kaunselor laktasi, peer counselor mahupun pengamal perubatan ketika memberikan cadangan tempoh penyimpanan susu perahan. Namun , suhu akan berbeza bergantung kepada peti ais anda selain kualiti susu perahan itu sendiri.....antara yang membuatkan ianya berbeza berpunca daripada peti ais adalah kerana:

1.kekerapan buka dan tutup pintu peti ais.
2.barang yg disimpan banyak atau sedikit..lagi banyak barang dalam peti ais kita, lebih kurang sejuk suhunya.
3.usia peti sejuk.lebih lama usia lebih kurang prestasinya berbanding peti ais yang baru dibeli.
4.cuaca dan suhu sekitar (bagi penggunaan cooler box/bag)
5.pretasi tahap pencairan ais ketul atau ice pack bagi penggunaan cooler box/bag.

suhu di atas adalah standard yg dicadangkan setelah pelbagai kajian dibuat. tidak salah jika kita jadikan sebagai rujukan. bagi mama, kadang kala ada situasi yg memungkinkan kita terpaksa membuat keputusan luar dari standard yg  telah diberikan dan di hati seringkali berbelah bagi ....boleh ke?...tak boleh ke?

jalan yg boleh anda ambil....ikut kata hati serta perhatikan output,maksudnya...selagi  kita yakin yang susu perahan itu elok seperti tidak berbau pelik, tidak bertukar warna yg pelik serta tidak bertukar bentuk yg pelik (dari cecair menjadi pepejal serta berbuih) terpulanglah pada anda dan selepas memberikannya kepada si manja, si manja anda  tidak berkeadaan luar dari biasa seperti mula cirit birit, muntah , alergik dan sebagainya...tepuk dada tanya hati.....ia susu perahan anda.....keadaan ini akan membuatkan anda tertanya-tanya especially jika terlebih satu hari dari standard yang disebutkan di atas......betul tak?takkanlah semata2 nak tahu suhu yg tepat sehingga membeli domestik termometer  yg boleh tahan juga harganya...hehehehehe

Untuk makluman tambahan..di bawah ini mama kongsi info dari Pn Kamariah yg merupakan seorang Kaunselor Laktasi dan Pengasas Susuibu.com ketika beliau menjawab soalan dari forumer;


Posted on: 2005/1/11 16:45
Re: Tempoh penyimpanan


Puan, tahniah kerana puan berazam untuk menyusukan anak puan sepenuhnya.

Mengenai kemusykilan puan tentang kualiti susu yang disimpan, memang benar terdapat kajian dibuat mengenai tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.


Kajian ini baru sahaja di buat dan diterbitkan artikelnya pada Oktober, 2004. Cadangan dan kaedah penyimpanan susu bagi ibu bekerja pula telah lama wujud sebelum kajian ini dibuat. Itulah sebabnya terdapat sedikit percanggahan maklumat di dalam perkara ini.


Sebagai jalan tengah kepada permasalahan ini, SusuIbu.com mencadangkan kepada ibu-ibu bekerja supaya mengekalkan cara dan kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari, puan bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu puan di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak puan mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.


Contohnya begini, katakan puan telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari puan berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok haro, anak puan akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dair koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, puan dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak puan.
Diharap kaedah ini dapat dicuba dan memberi manfaat kepada puan dan anak puan serta ibu-ibu bekerja yang lain.


Buat semua mama-mama di luar sana...untuk pengetahuan anda....mama bukanlah insan yg mewah dengan susu badan sehingga melimpah ruah..mama tak ada deep freezer pun...sekadar peti ais 2 pintu yg dibeli semasa belum kahwin dahulu.......kerana itu...jika ada susu yg rosak, tertumpah mahupun terlebih dari lingkungan masa yg sepatutnya......sangat sebak untuk membuangnya...ibarat membuang nyawa sendiri....namun mama tidak mahu memberi tekanan pada diri kelak ia akan memberi efek pada pengeluaran yg akan datang.......jika perlu buang ....buang sahaja...usaha untuk menggantikkan dengan sesi pemerahan yang lain......mama juga pernah melalui masa2 getir kurangnya susu kerana tekanan kerja dan masalah keluarga.....itu perkara biasa........ia bukan perjalanan yg mudah buat mama.......bagaikan roda......anda juga melalui perkara yg sama, bukan?

zaman mewah....umar sebelum cecah 1 tahun..setiap sesi pemerahan, inilah hasilnya...sehari mama memerah 4 hingga 6 kali di opis...bayangkan hasilnya...umar hanya minum 3-4 botol sahaja sehari......

paling banyak sekalipun....hanya penuh bahagian beku dan 7 ke 10 botol di bahagian bawah...namun...berkat dengan izin Allah SWT...umar berjaya mendapat khasiat secara eksklusif 6 bulan dan menyusu sepenuhnya susuibu sehingga lebih 2 tahun.....Alhamdullillah....

hasil yg tidak sama setiap kali pemerahan...namun cukup masa pengosongan perlu dilakukan.....ingat itu ya.....ini zaman avent sebelum hadirnya spectra 3 dalam hidup mama....


ketuk-ketuk mama sayang : anda ibu...anda lebih tahu.....dan.........apapun perkara....bersederhanalah...jikalau terlalu taksub...satu hari akan memakan diri sendiri...end up akan memalkan diri...... (pesanan arwah bapa mertua mama suatu ketika dahulu.....)


Friday, February 18

Koleksi Fridge Magnet Mama


Blog mamayiyen ni memang antara blog wajib untuk mama baca....walaupun hanya silent reader...seronok membaca tulisannya.....entah kenapa selepas mamayiyen posted entry pasal fridge magnet dia...terasa cam nak berkongsi juga kisah fridge magnet koleksi mama..mamayiyen, saya sahut  entry anda ya...hehehehehe
mama punya takla sampai penuh peti ais tu....kebanyakkannya adalah hadiah dari kawan dan juga yg mama beli bila pergi holiday....selalunya untuk kenangan sebagai tanda mama pernah sampai di sesebuah tempat, fm adalah yg paling sesuai....
 our fridge adalah umpama notice board..tempat kami letak nota....bil bil astro, maxis, elektrik, air,semua reminder mama untuk papa atau reminder papa untuk mama malah hal2 yg berkaitan dengan safi atau umar yg perlu kami ingat seperti tarikh2 urusan sekolah,check up dll serta perkara2 lain yg perlu mama tahu dan ingat macam things that related wif bf, cara penyimpanan susu , cara mencairkannya ..suhu2 yg sesuai untuk pembekuan dll.....latest adalah nota cara2 untuk pasang dan dismantle our new food processor.....kene betul ...kalau tak melayang nanti blade dia...hehehehehe

bahagian depan .....sebab nak tangkap gambar...semua bil diturunkan dahulu...kalau tak nanti tak nampak FM...paling mama suka yg sea creature/insects yg banyak2 kaki tu...beli kat Giant Ipoh kat kiosk kecik2 kat  sana...mulanya safi n umar taku/geli kat bentuk tu sebab banyak kaki dan kaki-kaki tu bergetar...tapi skarang diorang dah tak heran dah...hehehehehe

kalau perasan mama punya FM banyak yg berbentuk binatang....ini kerana mama jadikan FM sebagai medium pembelajaran safi dan umar dalam mengenali  binatang.....ada elephant, ikan, penyu, burung helang, ular, orang hutan, hailat laut dan serangga...sangat mudah sebab fm2 binatang tu jugak akan bantu mama bila 2 orang budak tomei tu menyibuk di dapur waktu mama memasak...perasan tak penyu kaler biru kat bawah skali belah kiri....tinggal badan saja...kakinya semua dah takde....itu keje umar la tu...hehehehe


ini belah tepi peti ais....semua nota2 mama......ada fm dari australia dah patah 2...yg hadiah dari kawan mama yg pegi singapore punya dah sopek.....redha jer la.....
so itu saja...tak banyak lagi...masih dalam proses menambah koleksi...nanti kalau mamayiyen balik sabah...boleh la mama kirim FM ya.....hehheheheeh

saja tepek gambar ni sebab nak gitau mamayiyen yg mama juga penggemar warna hijau...tapi hanya bidai, langsir2 dan tangga yang hijau.......dinding semua tak dihijaukan ....alasan en hubby : rumah sewa sahaja....nanti rumah sendiri  baru ada semangat menghias sebab rumah sendiri....ok...apa saja la en suami..... 

ketuk-ketuk mama sayang : suka dengan mamayiyen...dah ada anak 2 pong, badan persis anak dara.....

Thursday, February 17

Saja nak tepek gambar ini....

Untuk tatapan bersama ...en ell...hehehehhehe
























ketuk-ketuk mama sayang : sila jamu mata dan please no speculation ya...hehehehehehe

take a break! We are going somewhere ......


Yes ...we are going somewhere but tak leh reveal lagi kat sini...En Hubby tak kasik lagi.....tapi mana yg close friend dah tau dah...opkos kene gitau.....sebab kami perlukan travel guide...especially tempat2 untuk shopping.....eceh!cam banyak duit jer...hehehehehe

Apapun...this will be our honeymoon for our 5th anniversary...selalunya kami akan ambil cuti on our anniversary date dan pegi holiday kat mana-mana...but this year, mama takleh ambil cuti atas tuntutan kerja....so papa dah plan masa 2010 lagi for this holiday....mama ok ajer....

masa nak gi buat passport kat putrajaya...pagi-pagi dah bangunkan both my tomeiboy dan tomeigirl....excited dua2 sebab papa gitau nak pegi ambil gambar...sampai siap practice kat umah nak ambil gambar nanti muka camana....gigih juga practice senyum bagai......tapi bila sampai .....dan nak ambil gambar.....

tomeigirl sangat sporting...siap nak posing2 lagi....kat kepala tu dah segala macam sepit ada....tapi tomeiboy....


gambar dah macam samseng Kg Dusun.....hehehehehehe...ini pun setelah dekat sejam memujuk....hampir semua keropok, cekelat dan air ribena mama beli atas sebab nak attract tomeiboy......dan sampai  cameraman tu serah kamera kat papa la untuk tangkap gambar tomeyboy.....
punya la tak nak tangkap gambar...tomeyboy tak nak lepaskan mama, siap tutup muka la...pandang belakang la...pandang tepi la...tutup mata sampai berkerut-kerut....hohoohohoho...jenuh....tengok la kolar baju dia tu...tertarik...ni gambar ni masa dia tengah nak rentap mama..ramos tegak pon dah sememeh....lastly...redha jer la gambar ni....asalkan cukup syarat...stakat pegawai imigresen jer pon yg nak tengok...kan!mama pujuk hati




Ketuk-ketuk mama sayang : ada sebab naper tak reveal destinasi lagi......

Wednesday, February 2

Our 5th Anniversary

Tanggal 28 Januari 2011 yang lalu, genaplah 5 tahun mama n papa melayari alam perkahwinan....

5 tahun yang penuh dengan onak dan duri
5 tahun yang penuh dengan cabaran
5 tahun yang penuh dengan usaha
5 tahun yang penuh dengan ujian
5 tahun yang penuh dengan pengembaraan
5 tahun yang penuh penerokaan
5 tahun yang penuh dengan kejutan
5 tahun yang penuh dengan pemahaman
5 tahun yang penuh dengan kesabaran
5 tahun yang penuh dengan kegembiraan
dan
5 tahun yang penuh dengan kebahagiaan

semoga
semua pengalaman dan pengajaran selama 5 tahun  ini akan mematangkan kami berdua dalam segalanya demi sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat...

tahun ni mama gigih beli hadiah untuk papa....sehari sebelum papa kerja malam...so mama lepak kat umah mama ani....ajak mama ani, kakak ila ngan abang lan ke Alamanda untuk cari kasut buat papa sebagai hadiah anniversary...tak tahu kenapa mama ingin sangat belikan papa kasut...mungkin sebab mama lihat kasut kerja papa yang dah mula lusuh...

di pertengahan jalan, tiba2 kami berubah fikiran...terus ke Mines sebab bajet kat situ lagi banyak pilihan ....sampai di The Mines....jam teruk sampai kami tak leh masuk tempat parking....u_turn dan terus ke JJ Cheras Selatan.....sampai sahaja...jam 2x lebih teruk kerana traffic light tak berfungsi...dan mesin ambil tiketnya hanya 1 sahaja yang berfungsi.....parking pula jenuh kami pusing tapi tiada yang kosong....alih2 lan bawa kereta terus ke roof parking....tapi jam dah menunjukkan 9.15 malam....papa habis kerja jam 10.00mlm....macam mana nak suprise kan dia????...Aduh.....teruk juga nak belikan papa hadiah...banyak betul halangannya....

setelah survey beberapa kedai...dapat satu yang berkenan di hati terus pergi pizza hut...lapar....after that terus rush balik......sampai dalam jam 10.30mlm...call papa, dia masih di opis...ada exam yang masih belum selesai...lewat lagi katanya...Alhamdullillah...sempat sorokkan hadiah dalam beg baju safi...hajat nak suprisekan jam 12 tengah malam nanti....hehehehehehehehe

tepat jam 12 tgh malam , mama gerak papa dan wish happy anniversary...dalam mamai-mamai, papa cakap tq for the present.....ok...selamat malam semua.....

untuk mama???????





 lebih baik....jambangan bunga dari papa....dihantar di kala mama sedang bermesyuarat.......nasib baik punya boss dan rakan kerja yang sporting....aduh....merah rasanya pipi......tak pernah dapat kejutan sebegini...selalunya semua kejutan yang papa buat...akan kantoi...mama dapat tahu dulu...tapi kali ini papa berjaya.....dan bersama jambangan bunga tu, kad yang penuh dengan kata2 dari hati papa...biarlah menjadi rahsia kami berdua....(mode senyum sensorang nih....)







 tahun ini kami raikan bersama keluarga Pusat Hal Ehwal pelajar UNITEN.....dan honeymoon ke-5 kami...bulan 3 nanti...tak sabar rasanya....terima kasih papa for the holiday......



setelah 3 hari...masih mekar...semekar cinta kami berdua....



3 kuntum mawar = I Luv U


apapun....selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 sayang...
pada yang telah mendoakan kami ...terima kasih...hanya Allah yang dapat membalasnya...




Edisi 3 Safi Nur Audadi dah Sekolah!!!! - UNIFORM GA

Seminggu selepas sekolah mula baru safi dapat Uniform....walaupun saiz s, tapi masih gelebeh...so mama minta tolong mama ani hantar ke tailor untuk outer sket biar nampak kemas...takdak la nampak cam baju pinjam.....








ketuk-ketuk sayang : kalau bab posing...serah ajer kat safi....... 
Related Posts with Thumbnails